PENGHANTARAN & PEMULANGAN

• PENGHANTARAN & KADAR
  1. 1. Semua pesanan yang diterima adalah tertakluk kepada kebenaran bank sebelum diproses. Hanya pesanan yang dibenarkan akan diproses.
  2. 2. Pesanan diproses untuk penghantaran pada hari bekerja sahaja (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk Cuti Umum). Kami menggunakan GD Express sebagai kurier penghantaran standard kami. Penghantaran biasanya mengambil masa antara 3 hingga 7 hari bekerja untuk Malaysia Barat dan 4 hingga 9 hari bekerja untuk Malaysia Timur.
  3. 3. Caj penghantaran standard bagi setiap pesanan adalah seperti berikut:
    • • Untuk Malaysia Barat, caj penghantaran adalah RM12.00.
    • • Untuk Malaysia Timur, caj penghantaran adalah RM20.00.
    • • Pesanan berjumlah RM250.00 dan ke atas (selepas menolak baucar tunai atau diskaun, jika berkenaan) berhak mendapat penghantaran secara percuma di dalam Malaysia.
  4. 4. Kami hanya membuat penghantaran kepada alamat di Malaysia. Kami tidak membuat penghantaran ke alamat Peti Surat atau ke peringkat antarabangsa.
  5. 5. Kami memahami bahawa menghantar pesanan yang dibeli dengan cepat adalah penting bagi anda, jadi kami berusaha keras untuk memproses dan menyerahkan pesanan anda secepat mungkin. Untuk memastikan penghantaran yang cepat, sila pastikan anda memberi alamat penghantaran yang tepat, butiran hubungan termasuk nombor telefon dan alamat e-mel. Kegagalan berbuat demikian mungkin memberi risiko kepada perkhidmatan kurier kami yang tidak mampu menghantar barangan dengan tepat dan cepat.
  6. 6. Sekiranya kami gagal menghantar kepada anda di alamat penghantaran yang diberikan oleh anda, kami akan membuat percubaan berikutnya (2) pada alamat penghantaran yang ditentukan. Anda akan menerima "Kad Maaf" pada percubaan ke-2 dan jika pembekal kurier kami tidak menerima maklum balas daripada anda, pakej anda akan dikembalikan kepada Lancôme Malaysia.
• BUKTI PENGHANTARAN
  • 1. Perkhidmatan kurier kami mungkin meminta tandatangan dari penerima barangan yang dibeli. Dalam keadaan di mana perkhidmatan kurier kami gagal menghantar kepada penerima yang sepatutnya, ia boleh menghantar barangan kepada penerima lain di alamat penerima, dan mendapatkan tandatangan dari penyambut tetamu sebagai bukti penghantaran.
• PESANAN
  • 1. Pesanan yang dibuat dan diterima pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk hari cuti umum) diproses pada hari yang sama mengikut urutan yang terima. Pesanan yang diterima selepas 4.00AM akan dipertimbangkan sebagai pembelian hari berikutnya untuk tujuan kurier. Pesanan yang dibuat dan diterima pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad) akan diproses pada hari bekerja berikutnya (Isnin, tidak termasuk hari cuti umum).
  • 2. Lancôme Malaysia akan menghantar e-mel pengesahan untuk pesanan anda selepas pembayaran anda disahkan dan dibenarkan oleh Bank dan kami telah menerima pesanan anda. E-mel pengesahan akan mengandungi butiran pesanan anda termasuk butiran pelanggan, penerangan produk dan alamat penghantaran. Jika anda tidak menerima e-mel pengesahan pesanan dalam masa 3 hari bekerja, sila semak ringkasan pesanan anda dalam "Akaun Saya" atau folder junk dalam e-mel anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami di [email protected]
  • 3. Promosi dalam talian hanya boleh digunakan untuk pembelian dalam talian. Promosi dan hadiah mungkin berbeza dari promosi di kedai.
  • 4. Anda hanya boleh membeli produk kami dan membuat transaksi di Laman Web kami jika anda berusia 18 tahun dan ke atas.
• LAPORAN BERKAITAN MASALAH PESANAN
  • 1. Sekiranya anda mendapati bahawa barangan yang telah dipesan adalah rosak semasa penghantaran, sila laporkan ke [email protected] dalam masa 2 hari dari tarikh anda menerima produk dengan bukti sokongan dan nombor resit. Sebarang pembayaran balik adalah tertakluk kepada budi bicara kami.
  • 2. Sekiranya sebarang produk hilang dari pesanan anda, sila laporkan kepada pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami di [email protected] dalam masa 2 hari dari tarikh anda menerima produk dan kami akan menyemak laporan anda.
  • 3. Walaupun kami melakukan sedaya upaya untuk memastikan pesanan anda sampai tepat pada masanya, kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana pihak akibat kelewatan yang disebabkan oleh kurier atau oleh sebarang kejadian di luar kawalan atau daya jangka kami termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kelewatan yang disebabkan oleh alamat penghantaran salah yang diberikan kepada kami.
• KEHABISAN STOK
  • 1. Kami berusaha untuk menghantar pesanan anda dalam masa penghantaran yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sekiranya barangan tidak tersedia, kami mungkin perlu mendapatkannya dari lokasi stok lain. Kami akan memaklumkan kepada anda dalam masa 2-3 hari bekerja dan kami memohon pemahaman anda dalam kelewatan penghantaran berkaitan ketersediaan stok. Kami tidak menerima pesanan tertangguh.
  • 2. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai barangan yang tidak tersedia secara dalam talian, sila hubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami di [email protected]
• POLISI PEMULANGAN BARANGAN
  • 1. Produk yang dijual di Lancome.com.my tidak boleh dibayar balik atau dikembalikan.
  • 2. Sekiranya anda menerima barang yang rosak, anda boleh mengembalikan produk dalam keadaan asalnya dengan resit asal dalam tempoh 14 hari bekerja dari penghantaran dan mendapatkan bayaran balik mengikut harga yang dibayar.
  • 3. Untuk memulakan proses pemulangan dan pembayaran balik, anda mesti memaklumkan kepada kami di [email protected] dalam tempoh 7 hari bekerja dari penghantaran dengan bukti sokongan (gambar barangan anda dan keadaannya) dan nombor pesanan.
  • 4. Anda boleh mengembalikan produk melalui dua cara:
    • • Koleksi oleh syarikat kurier yang dilantik:
    • • Khidmat Pelanggan akan membuat temu janji dengan anda untuk mengambil produk. Syarikat kurier yang dilantik akan mengambil produk daripada anda pada masa yang ditetapkan.
    • • Penghantaran sendiri. Anda boleh menghantar produk melalui PosLaju, GDex atau DHL ke alamat berikut: ClickAsia Sdn Bhd (bagi pihak Urban Decay)
      A-10-06, Level 10, Office Tower, Tropicana Avenue, 47410 Petaling Jaya, Selangor, TEL: 03-7890 1118.
  • 5. Anda perlu menanggung kos penghantaran semasa proses pemulangan, dan kami akan mengembalikan maksimum RM10.00 untuk kos penghantaran ke akaun bank anda, dengan syarat resit penghantaran asal dihantar melalui e-mel kepada Perkhidmatan Pelanggan. Sila berikan 14 hari bekerja untuk proses ini selesai.
  • 6. Apabila menerima produk dalam keadaan asalnya dan bukti resit asal, dan jika anda berhak menerima bayaran balik, kami akan memproses bayaran balik dan memulangkannya kepada anda melalui kad kredit atau akaun bank anda dalam tempoh 30 hari bekerja.
  • 7. Hanya produk yang dibeli di Lancôme Malaysia Online boleh dikembalikan untuk bayaran balik. Produk yang dibeli di lancome.com.my tidak akan diterima untuk pengembalian wang di kaunter Lancôme, kedai-kedai bebas atau kedai Sephora.
  • 8. Jika anda membeli produk Lancôme daripada peruncit yang tidak dibenarkan, Laman Web atau sumber lain yang tidak sah, kami tidak dapat menawarkan bayaran balik atau membantu anda dengan sebarang masalah yang mungkin anda hadapi.
  • 9. Urban Decay berhak membuat keputusan muktamad jika produk dikembalikan adalah dalam keadaan tidak memuaskan, atau syarat-syarat di atas tidak dipenuhi.
  • 10. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai polisi pemulangan kami, sila hubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami di [email protected] dan kami bersedia untuk membantu anda.
  • 11. Sila berikan butiran diri anda, nombor resit dan sebab untuk pemulangan produk.
• POLISI BARANGAN BERUKIRAN
  • 1. Perkhidmatan ukiran eksklusif Lancôme kini boleh didapati untuk barangan terpilih di lancome.com.my dengan lencana "Engrave Me" pada visual produk.
  • 2. Lancôme berhak membatalkan sebarang produk dari perkhidmatan ukiran pada bila-bila masa dan membatalkan pesanan yang mempunyai ukiran pada bila-bila masa. Layari Laman Web secara berkala kerana lebih banyak produk Lancôme kegemaran anda akan tersedia untuk diukir!
  • 3. Pesanan untuk barangan yang berukir memerlukan pemprosesan tambahan 1 hingga 15 hari sebelum dihantar kepada pembeli.
  • 4. Ukiran kini merupakan perkhidmatan percuma yang boleh didapati di Lancome.com.my. Tiada kos tambahan pada masa ini.
  • 5. Produk dengan ukiran tidak boleh dikembalikan atau ditukar kecuali disebabkan kerosakan pada produk.
  • 6. Teks ukiran hanya terhad kepada 8 aksara, termasuk ruang. Hanya aksara berikut yang dibenarkan: huruf A-Z, nombor 0-9 dan [email protected]#:;<>()$*&
• HARGA
  • 1. Harga produk yang disenaraikan di Laman Web Lancôme Malaysia tertakluk kepada perubahan tanpa notis lanjut.
• PEMBATALAN PESANAN
  • 1. Pesanan tidak dapat dibatalkan setelah dibuat. Sila pastikan anda menyemak dan mengesahkan kesemua butiran dan maklumat sebelum anda meneruskan pembayaran.