TRESOR LA NUIT EDT

TRESOR LA NUIT EDT

L’Eau de Toilette
RM475.40
tiada stok
  • PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PESANAN RM250 KE ATAS
  • JAMINAN PEMBAYARAN
  • 100% DISAHKAN TULEN
RM475.40
Terdiri daripada bahan-bahan alam semula jadi yang jarang digunakan: menyengat dengan pati jantung Mawar Hitam dengan sentuhan erotik Absolute Vanila Anggerik Tahiti di bawah penutup misteri setanggi, pati Papirus dan pralin laici.
La Nuit Trésor lahir daripada enigma yang menarik. Kisah puitis di antara dua bintang yang tertarik antara satu sama lain sehingga kedua-duanya bertembung. Fenomena yang terjadi hanya sekali dalam 100 tahun ini jarang sekali berlaku dan dikatakan mencipta mandian zarah yang berkumpul dan beransur-ansur menjadi berlian hitam. Permata cantik yang tiada tandingan serta bewarna magnetik, jarang dan amat terang ini lahir akibat pertembungan dua bintang. Tidak hairanlah mengapa ia sangat diingini dan sentiasa menjadi inspirasi dalam dunia permata. Memiliki aura keajaiban mistik, ia dikatakan mengandungi bahan yang tidak boleh ditemui di mana-mana. Dikagumi selama bertahun-tahun, hari ini, legenda ini menjadi inspirasi kepada haruman. Gourmand Afrodisiak pertama yang dihasilkan untuk Lancôme oleh dua bintang pembuat minyak wangi Perancis sebagai posyen cinta di abad ke 21/posyen cinta terbaharu di abad ke 21. Ia melambangkan malam yang mengghairahkan apabila sepasang kekasih mendakap Absolute Love.
Memperkenalkan La Nuit Trésor, haruman hangat dan membara untuk wanita dengan nota raspberi segar, setanggi dan vanila serta sentuhan pati Mawar Hitam. Haruman terbaru ini merupakan haruman 'Gourmand Woody Floriental' pertama Lancôme, haruman menyerlahkan keghairahan cinta seperti yang ditunjukkan dalam iklan yang dilakonkan oleh si jelita Penelope Cruz. Haruman wanita yang mewah dan halus pembuatannya direka oleh dua pembuat haruman yang menggabungkan bakat mereka untuk mencipta La Nuit Trésor Eau de Parfum. Bermula dengan ledakan raspberi yang enak, nota mawar damask diserlahkan lagi untuk membiaskan aroma misteri dan mendalam. Vanila yang tumbuh pada kelopak Anggerik di Tahiti memberikan nota bercahaya dan solar pada haruman ini.
Nota atas: Laici, Raspberry Nota tengah: Pati Mawar Damask, Setanggi
Nota asas:Aroma Vanila Anggerik Tahiti, Pralin, Minyak Nilam, Papirus, Mawar Hitam; simbol cinta Absolute, dan Vanila Anggerik Tahiti; rahsia pembuat haruman, gabungan nota tengit kehijauan bagi mencipta karekter La Nuit Trésor yang mengingatkan pada malam yang liar. Haruman gourmand ini khas buat wanita yang percaya akan cinta moden. Cinta pandang pertama. Kucupan mempesona. Seperti malam bulan dipagar bintang.
Sembur dari jarak 20cm daripada kulit, fokus pada kawasan badan yang hangat: nadi pada pergelangan tangan, belakang cuping telinga atau lutut untuk efek yang mempesonakan.
TRESOR LA NUIT EDT

TRESOR LA NUIT EDT
1
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
Tambah ke Senarai Hajat
  • TRESOR LA NUIT EDT
  • Ulasan
Ulasan
Anda sedang melihat:TRESOR LA NUIT EDT
Penilaian Anda